Akhirnya, usaha untuk mewujudkan laman web khusus untuk bekas-bekas pegawai dan anggota, tidak kiralah sama ada yang masih berkhidmat, berhenti atau bersara, yang pernah bertugas, mencurahkan tenaga dan bakti terhadap fungsi dan tugas infantri mekanize. Tertubuhnya Cawangan Mekanize yang ditumpangkan di Pusat Latihan Armor (PULAMOR) yang disusuli dengan penubuhan Pusat Latihan Mekanize (PULAMEK) adalah untuk memberi ilmu dan pengetahuan terhadap segala aspek khususnya terhadap pemnaduan dan senggaraan kenderaan perisai, perhubungan radio, persenjataan dan akhir sekali taktik pertempuran di medan perang.
Logo di atas di ilhamkan untuk para Ex Mekaize yang mengambil idea dari logo universal kepala harimau Infantri Mekanize di Malaysia. Laman web ini diadakan untuk menjadi sebagai wadah mengembalikan nostalgia dimasa yang lalu semasa berkhidmat yang akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayat.