Anak Kpl Hazmi Meninggal Dunia

13 Mac 2024. Mendapat perkhabaran anak kepada bekas 1070840 Kpl Hazmi bin Hj Abdullah (bersara sejak tahun 2010, pasukan terakhir PULAMEK) yang koma akibat kemalangan lebih kurang sebulan yang lalu telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), pada 13 Mac 2024 lebih kurang jam 4 pagi.

Jenazah akan dikebumikan di Pasoh, Jelai, Negeri Sembilan. Adalah difahamkan, anak perempuan beliau itu, Siti Julia Binti Hazmi yang telah berumah tangga terlibat dengan kemalangan jalanraya semasa bercuti di Kuantan.

PW 1 (B)  Othman yang mewakili Persatuan Bekas Jurulatih Mekanis telah hadir dan menyampaikan sedikit sumbangan sebanyak RM 300 dari Tabung Kebajikan sedia ada.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *