Keselamatan Data Peribadi

KENYATAAN TENTANG KESELAMATAN DATA PERIBADI PENDAFTARAN KEAHLIAN DALAM SISTEM PENGURUSAN AHLI PERSATUAN BEKAS JURULATIH MEKANIS 1. Pengurusan tertinggi persatuan ini mendapat maklumat bahawa ada kebimbangan yang dinyatakan oleh pihak tertentu tentang privasi atau keselamatan data peribadi semasa proses pendaftaran keahlian secara online untuk persatuan ini. 2. Dengan ini adalah dijelaskan…

Continue reading

Kunjungan Hormat ke PULAMEK

26 Mac 2024. Kuantan. Persatuan Bekas Jurulatih Mekanis yang diwakili oleh PW I (B) Othman  dan bekas SSjn Hamzah telah membuat kunjungan hormat kepada Komandan PULAMEK, Lt Kol Azeman. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan perhubungan diantara Persatuan dan anggota PULAMEK sendiri untuk aktiviti kebajikan persatuan dimasa yang akan…

Continue reading

Sistem Keahlian Secara Online

Adalah dimaklumkan Sistem Keahlian Secara Online untuk persatuan ini telah siap dibangunkan dan telah diuji cuba. Setelah melalui proses penambahbaikan, akhirnya boleh beroperasi dengan baik. Sistem online ini menggunakan kod sumber terbuka (opensource code) dari Admidio. Sahabat boleh mendaftar di https://online.exmekanize.my atau melalui pautan Membership di menu utama laman web…

Continue reading

Kunjungan Hormat kepada Penasihat Persatuan

Port Dickson. 11 Mac 2024. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Jurulatih Mekanis telah berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada YBhg Mej Jen Datuk Marzuki Mokhtar, Panglima Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat yang juga merupakan penasihat kepada persatuan ini. Kunjugan ini dilaksanakan susulan dari kelulusan pendaftaran persatuan oleh Jabatan…

Continue reading

Ziarah Kpl Hashim Isteri Meninggal

9 Mac 2024. Mendapat perkhabaran bahawa isteri kepada sahabat kita, bekas 1031125 Kpl Hashim bin Jaafar yang telah bersara sejak tahun 2001, pasukan terakhir Cawangan Mekanis PULAMOR telah meninggal dunia. Puan Maziyah binti Ahmad telah meninggal dunia pada 8 Mac 2024 lebih kurang jam 10 malam di Hospital Jasin kerana…

Continue reading

Pendaftaran Persatuan Telah Diluluskan

Adalah dimaklumkan kepada semua, pendaftaran persatuan seperti yang dibincangkan semasa mesyuarat penubuhan pada 17 Febuari 2024 yang lalu telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23 Febuari. Nama rasmi persatuan ialah PERSATUAN BEKAS JURULATIH MEKANIS (EX-MECHANIZED INSTRUCTORS ASSOCIATION) PPM-026-10-23022024 Adalah diharapkan dengan kelulusan yang telah diperolehi, urusan dan perancangan…

Continue reading