Keselamatan Data Peribadi

KENYATAAN TENTANG KESELAMATAN DATA PERIBADI
PENDAFTARAN KEAHLIAN DALAM SISTEM PENGURUSAN AHLI
PERSATUAN BEKAS JURULATIH MEKANIS

1. Pengurusan tertinggi persatuan ini mendapat maklumat bahawa ada kebimbangan yang dinyatakan oleh pihak tertentu tentang privasi atau keselamatan data peribadi semasa proses pendaftaran keahlian secara online untuk persatuan ini.

2. Dengan ini adalah dijelaskan bahawa keselamatan data peribadi yang di isi dalam sistem pendaftaran keahlian persatuan adalah terjamin selamat kerana sistem ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan privasi. Hanya pengguna yang berstatus pentadbir (administrator) mempunyai akses terhadap data peribadi manakala pengguna lain yang berstatus ahli tidak mempunyai sebarang akses maklumat peribadi ahli yang lain kecuali melihat senarai nama sahaja. Sistem ini mematuhi privasi data seperti yang termaktub dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Personal Data Protection Act 2010).

3. Pihak yang berkenaan perlu mendaftar untuk melihat dan menilai sendiri keselamatan sistem ini dan tidak hanya membuat tuduhan dan andaian. Butiran nombor akaun bank adalah diperlukan untuk memudahkan urusan pemindahan wang secara online dalam urusan kebajikan ahli apabila keadaan memerlukan dan terdesak, disamping mengelakkan risiko salah guna dana persatuan apabila wujud transaksi menggunakan tunai.

4. Adalah diharapkan kenyataan ini akan memberikan pencerahan kepada pihak yang berkenaan. Selamat mendaftar menjadi ahli dan menyokong aktiviti persatuan demi kebaikan kita bersama sebagai ahli. Pengurusan tertinggi Ahli Jawatankuasa sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan terbuka untuk menerima sebarang cadangan untuk kebaikan bersama seperti yang digariskan dalam Akta Pertubuhan 1966. Terima kasih.

MEJ JEN (B) DATUK HJ HALIM BIN KHALID
Pengerusi
21 Mac 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *