Kunjungan Hormat ke PULAMEK

26 Mac 2024. Kuantan. Persatuan Bekas Jurulatih Mekanis yang diwakili oleh PW I (B) Othman  dan bekas SSjn Hamzah telah membuat kunjungan hormat kepada Komandan PULAMEK, Lt Kol Azeman.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan perhubungan diantara Persatuan dan anggota PULAMEK sendiri untuk aktiviti kebajikan persatuan dimasa yang akan datang.

Kunjungan ini mengembalikan nostalgia khususnya kepada mereka yang pernah berkhidmat di pasukan ini, kisah-kisah silam semasa pasukan ini yang pada asalnya dikenali sebagai Cawangan Mekanis PULAMOR di Port Dickson hinggalah berpindah ke Kuantan dan dikenali sebagai Pusat Latihan Mekanis (PULAMEK).

Seluruh ahli jawatankuasa persatuan sangat terhutang budi dan terharu dengan sambutan hangat yang diberikan, adalah diharapkan hubungan baik dan erat akan berterusan sehingga generasi akan datang yang kemudiannya akan menjadi warga PULAMEK.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *