Kunjungan Hormat kepada Penasihat Persatuan

Dari kiri, Kapt (B) Sapuan, Kapt (B) Halim, Mej Jen Datuk Marzuki, PW 1 (B) Othman dan bekas SSjn Sulaiman.

Port Dickson. 11 Mac 2024. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Jurulatih Mekanis telah berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada YBhg Mej Jen Datuk Marzuki Mokhtar, Panglima Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat yang juga merupakan penasihat kepada persatuan ini.

Kunjugan ini dilaksanakan susulan dari kelulusan pendaftaran persatuan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan berbincang terhadap pendaftaran keahlian persatuan, usaha-usaha mengumpulkan dana dan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh persatuan demi kebaikan dan kebajikan semua ahli.

Wakil Ahli Jawantakuasa yang hadir sangat terharu dengan sambutan mesra yang diberikan oleh penasihat persatuan, disamping semangat dan sokongan beliau kearah matlamat dan objektif persatuan demi kebaikan anggota yang masih berkhidmat atau mereka yang telah bersara, khususnya yang berkaitan dengan soal kebajikan dan kesejahteraan anggota. Seluruh Ahli Jawatankuasa mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg Datuk Marzuki diatas sokongan yang telah diberikan.

Pemberian cenderahati dari penasihat kepada semua AJK yang berupa mug dengan logo baru persatuan yang beliau ilhamkan dengan perkataan Your Service Remembered, Jasa Mu Dikenang. Sumbangan cenderahati tersebut sangat memberikan pengertian dan maksud yang mendalam, khususnya kepada mereka yang pernah mencurahkan sumbang bakti dan tenaga kepada Cawangan Mekanis PULAMOR dari awal 1990an dan PULAMEK pada satu masa dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *