Ziarah Kpl Hashim Isteri Meninggal

Kpl Hashim (kanan)

9 Mac 2024. Mendapat perkhabaran bahawa isteri kepada sahabat kita, bekas 1031125 Kpl Hashim bin Jaafar yang telah bersara sejak tahun 2001, pasukan terakhir Cawangan Mekanis PULAMOR telah meninggal dunia. Puan Maziyah binti Ahmad telah meninggal dunia pada 8 Mac 2024 lebih kurang jam 10 malam di Hospital Jasin kerana komplikasi jantung dan buah pinggang.

Kapt (B) Sapuan bagi pihak persatuan dan mewakili semua bekas anggota Caw Mekanis PULAMOR & PULAMEK telah menziarah dan telah menyampaikan sumbangan dari persatuan sebanyak RM 300.00 dari Tabung Amal Jariah yang sedia ada.

Menurut Hashim, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah kerana telah menderita sejak sekian lama dari tahun lalu, khususnya setelah menjalani pembedahan by pass jantung pada bulan Julai 2023, disamping kegagalan buah pinggang dan perlu dialisis.

Jenazah disolatkan di Mesjid Al-Ehsan Chohong, Jasin sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.

Seluruh warga persatuan mengucapkan salam takziah pada keluarga. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, mengampunkan segala dosa dosanya, semoga roh beliau bersama orang orang yg beriman dan menempatkan beliau di syurga…Alfatihah InSyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *