Latar Belakang

Akhirnya, usaha untuk mewujudkan laman web khusus untuk bekas-bekas pegawai dan anggota, tidak kiralah sama ada yang masih berkhidmat, berhenti atau bersara, yang pernah bertugas, yang telah mencurahkan tenaga dan bakti terhadap fungsi dan tugas infantri mekanize. Tertubuhnya Cawangan Mekanis sejak tahun 1990 yang ditumpangkan di Pusat Latihan Armor (PULAMOR), Port Dickson yang disusuli dengan penubuhan Pusat Latihan Mekanis (PULAMEK), Kuantan tahun 2009 adalah untuk memberi ilmu dan pengetahuan terhadap segala aspek khususnya terhadap pemnaduan dan senggaraan kenderaan perisai, perhubungan radio, persenjataan dan akhir sekali taktik pertempuran di medan perang.

Hasil dari mesyuarat penubuhan persatuan semasa Reunion Pertama, disusuli dengan pendaftaran persatuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, akhirnya dengan rasminya Persatuan Bekas Jurulatih Mekanis (Ex-Mechanized Instructors Association) telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran PPM-026-10-23022024, mendapat kelulusan pada 23 Febuari 2024.

Infantry Fighting Vehicle ini sedang beraksi mendarat di tebing Sungai Lepar semasa latihan Kursus Ketua Kereta.

Logo di atas telah diilhamkan dan diusahakan oleh Penasihat Persatuan, iaitu Mej Jeneral Datuk Marzuki bin Mokhtar yang pernah menjadi Jurulatih Kanan Cawangan Mekanis di PULAMOR pada tahun 1997, waktu itu berpangkat Kapten. Laman web ini diadakan untuk menjadi sebagai wadah mengembalikan nostalgia dimasa yang lalu semasa berkhidmat yang akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayat. 

Pengalaman bertugas di pasukan ini sangat menarik, gabungan anggota-anggota dua kor infantri iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Rejimen Renjer Diraja (RRD) dari Batalion Mekanis. Sumbangan tenaga dan usaha memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan terhadap empat aspek utama anggota mekanize iaitu:

  • Pengetahuan Memandu dan Senggaran kenderaan perisai yang dibekalkan.
  • Pengetahuan Persenjataan kepada senjata yang dibekalkan untuk kenderaan
  • Pengetahuan Peralatan Radio Untuk Komunikasi
  • Pengetahuan Taktik Pertempuran / Ilmu Medan Perang

Laman web ini adalah diharapkan akan menjadi wadah perkongsian dan sumber apa-apa maklumat komuniti bekas jurulatih dan anggota Mekanis, yang rasminya bernaung atas nama Persatuan Bekas Jurulatih Mekanis. Kita telah mewujudkan laman web ini sebagai sumber maklumat yang tetap dan senang dicari dan disamping itu media sosial facebook juga diwujudkan untuk memudahkan rakan-rakan berinteraksi dan memberikan maklum balas. Kepada sesiapa yang ingin menulis dan menyumbang sesuatu idea seperti kenangan dan pengalaman silam, boleh berbuat demikian sebagai perkongsian nostalgia silam.

Pada 20 Mac 2024, akaun bank atas nama persatuan telah diluluskan dengan nama Persatuan Bekas Jurulatih Mekanis di Bank Islam dengan No Akaun: 12 0290 1009 7437. 

Untuk memudahkan membayar yuran dan menderma, sila gunakan QR Pay diatas. Terima kasih dan Selamat maju jaya.

Admin

Comments are closed.