Sukacita dimaklumkan bahawa Tarikh Tutup Tempahan Baju T Khas Reunion pada 31 Januari 2024. Sebarang bayaran untuk tempahan selepas tarikh itu tidak dapat dilayan kerana bayaran akan dibuat pada pembekal pada 1 Febuari untuk memberikan peluang kepada pembekal menyiapkan tempahan baju sehinggalah ke tarikh reunion.
Gambar diatas ialah design T-Shirt Reunion yang telah dicadangkan oleh pembekal. Untuk maklumat, jenis T-Shirt ialah dari jenis microfiber. Ini ialah design akhir T-Shirt Berkolar Reunion Pertama Ex Mekanize. Baju T berkolar ini nampak lebih elegan dan smart, sesuai dipakai dalam acara rasmi atau acara santai-santai. Pastikan anda tidak terlepas peluang memilikinya kerana baju T ini ialah tempahan khas. Nanti ramai-ramai kita memakainya semasa reunion dan menjadi kenangan indah untuk diingati. Yang tak dapat hadir reunion tak ada masalah, boleh order juga. Harga hanya RM 35. Sekiranya mau diposkan, tambah RM 10 untuk kos pos.
Gambar di atas. Saiz Baju dan Ukuran terperinci yang disebut pit untuk Lengan Panjang Muslimah.
Gambar di atas. Saiz Baju dan Ukuran terperinci yang disebut pit untuk Lengan Pendek Lelaki.
Walau bagaimanapun, untuk bayaran makan semasa reunion tidak menjadi masalah sehingga 14 Febuari 2024. Sila berurusan terus dengan Bendahari untuk urusan pembayaran. Semoga urusan untuk reunion kali pertama ini berjalan lancar. Terima kasih.