Reunion Pertama Ex Mekanize

Berikutan dengan cadangan dan rancangan menganjurkan reunion pertama Ex Mekanize, khusus ditujukan kepada pegawai dan anggota yang pernah berkhidmat di Cawangan Mekanize di Pusat Latihan Armor, Port Dickson dan Pusat Latihan Mekanize di Kuantan, Pahang.

Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Penganjur Reunion telah dilantik pada 14 November 2023 yang lalu iaitu

Pengerusi Penganjur – Othman
Kewangan/Bendahari – Hasbol.
Sekretariat/Jemputan – Sapuan
Hadiah/Banner/T-Shirt – Mustafa
Sukaneka – Abg Nazri
Makanan / minuman – Abg Bob
MC – Man Bary

Sebelum itu, tinjauan telah dilaksanakan di Pengkalan Balak, Melaka untuk meninjau dan mengenalpasti chalet atau tempat bersesuaian untuk menganjurkan reunion. Usaha juga telah dilaksanakan untuk memohon bantuan dan kerjasama dari PULAMEK sendiri, namun tiada jawapan diperolehi.

Selanjutnya, AJK Penganjur telah mengadakan mesyuarat secara online pada 24 Nov 2023 yang lalu. Setelah dibincangkan dengan teliti khususnya terhadap kos perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh setiap individu atau keluarga, mesyuarat telah sebulat suara mencapai keputusan berikut:

Acara Reunion: Makan Tengahari dan Minum Petang
Tarikh: 17 Febuari 2024 (Sabtu)
Tempat: Dewan Rumah Libur, PULAMOR, Port Dickson

Aturcara:

1030 – Ketibaan. Melapor kepada AJK Penganjur dan mengambil T-Shirt Reunion.
1100 – Ucapan kata alu-aluan penganjur.
1130 – Tahlil ringkas
1200 – Makan Tengahari
1500 – 1600 – Minum petang
1700 – Dijangka selesai dan bersurai

Makan Tengahari dan minum petang termasuk perbelanjaan persiapan tempat, PA System dan kelengkapan yang akan disediakan oleh pihak catering – RM 40/seorang. Boleh membawa isteri, anak atau sesiapa sahaja setelah bayaran dijelaskan mengikut bilangan yang hadir. Kanak-kanak 12 tahun dan kebawah percuma.

T-Shirt Reunion – RM 35.00. Harga purata untuk lengan pendek dan lengan panjang muslimah. Tempahan juga boleh dibuat untuk isteri atau anak atau sesiapa sahaja yang berminat boleh dibuat mengikut saiz yang bersesuaian setelah bayaran dijelaskan.

Pengangkutan/Penginapan – Urusan persendirian

Menu Makan Tengahari – akan dimaklumkan kemudian

Pengesahan Kehadiran / Urusan Pembayaran – Sila isi borang spreadsheet secara online. Sahabat-sahabat dinasihatkan untuk menggunakan laptop atau PC untuk mengisi maklumat dengan lebih mudah. Sila dapatkan bantuan anak atau saudara sekiranya menghadapi kesukaran.

Bendahari akan mencatatkan status pembayaran setelah bayaran dijelaskan. Bayaran hendaklah dibuat ke akaun CIMB 7609866591 atas nama Hasbullah Hasan. Mohon majukan bukti pembayaran kepada beliau melalui whatsapp O12-6O3O922.

Dafter Online

Tarikh Tutup Pembayaran dan Pendaftaran: 30 Januari 2024. Pendaftaran dan pembayaran awal sangat diharapkan untuk memberi ruang urusan Tempahan Baju dan Catering.

Mudah-mudahan usaha ini akan menjadi kenyataan. InshaAllah.

One Comment:

  1. Muhammad Khairi @ Bob Kerry

    Assalamualaikum..
    Semoga dipermudahkan segala urusan reunion ex Cwgan pulamor and Ex Pulamek.Insyallah jika diberikan kesempatan pasti HADIRR👌..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *